Media Media Release List of Media Release Hebahan 2025 Dua Juta Pengunjung Dijangka Hadir Program MK3D - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kira-kira dua juta pengunjung dijangka menghadiri Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang berlangsung mulai esok hingga Ahad ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program itu bakal merangsang pembangunan keusahawanan luar bandar melalui penglibatan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Kita menyasarkan nilai transaksi jualan hingga RM209 juta merangkumi jualan tunai, pembiayaan usahawan serta potensi padanan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir karnival itu hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata MK3D menggabungkan tiga inisiatif utama iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Hari Peneroka Felda dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dalam satu platform holistik.

“Hal ini membolehkan usahawan luar bandar mengakses pelbagai bentuk sokongan seperti pembiayaan, latihan, padanan perniagaan, pensijilan dan pasaran eksport secara bersepadu,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja mengoptimumkan sumber dan mengelak pertindihan program, tetapi juga menjimatkan kos kerajaan serta memberi pengalaman menyeluruh kepada pengunjung dan pelabur.

Ahmad Zahid berkata penyertaan lebih 1,000 usahawan dari seluruh negara akan memperkukuh ekosistem keusahawanan desa dan menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), khususnya dalam memperkasakan ekonomi bumiputera dan luar bandar.

“Kita tidak hanya melihat pasaran domestik, sebaliknya turut meneroka potensi antarabangsa,” katanya.

-- BERNAMA

 

Lain-lain pautan seperti berita ini:

Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03-2191 2191 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1