Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,
Selaras dengan arahan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK), Jabatan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan tapisan keselamatan melalui sistem e-vetting, semua petugas-petugas dalam Jabatan/Unit/Wilayah/Rancangan FELDA perlu mengisi dan melengkapkan e-vetting sebelum 1 November 2019. Mohon kepada Pegawai-pegawai Penyelaras dan Pembantu Pegawai Penyelaras di setiap Jabatan/Unit/Wilayah/Rancangan FELDA dapat membantu petugas-petugas di Jabatan/Unit/Wilayah/Rancangan masing-masing.
Dilampirkan semula Manual Pengguna Sistem e-vetting dan Borang Tapisan Keselamatan Petugas Manual. Borang manual ini bertujuan bagi membantu petugas-petugas mengumpulkan maklumat-maklumat peribadi yang diperlukan terlebih dahulu sebelum diisi (key-in) ke dalam sistem online e-vetting di (https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf).
Segala kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Muat Turun Dokumentasi Berkaitan
Bil | Tajuk | Format | |
---|---|---|---|
1 | Borang E-Vetting | Muat Turun | |
2 | Manual Pengguna | Muat Turun |