KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kira-kira dua juta pengunjung dijangka menghadiri Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang berlangsung mulai esok hingga Ahad ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program itu bakal merangsang pembangunan keusahawanan luar bandar melalui penglibatan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
“Kita menyasarkan nilai transaksi jualan hingga RM209 juta merangkumi jualan tunai, pembiayaan usahawan serta potensi padanan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir karnival itu hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata MK3D menggabungkan tiga inisiatif utama iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Hari Peneroka Felda dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dalam satu platform holistik.
“Hal ini membolehkan usahawan luar bandar mengakses pelbagai bentuk sokongan seperti pembiayaan, latihan, padanan perniagaan, pensijilan dan pasaran eksport secara bersepadu,” katanya.
Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja mengoptimumkan sumber dan mengelak pertindihan program, tetapi juga menjimatkan kos kerajaan serta memberi pengalaman menyeluruh kepada pengunjung dan pelabur.
Ahmad Zahid berkata penyertaan lebih 1,000 usahawan dari seluruh negara akan memperkukuh ekosistem keusahawanan desa dan menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), khususnya dalam memperkasakan ekonomi bumiputera dan luar bandar.
“Kita tidak hanya melihat pasaran domestik, sebaliknya turut meneroka potensi antarabangsa,” katanya.
-- BERNAMA
Lain-lain pautan seperti berita ini:
- Two Million Visitors Expected At Mega 3D Carnival - Ahmad Zahid
- Two million visitors expected at Mega 3D Carnival — Ahmad Zahid
- Two million visitors expected at Mega 3D Carnival — Ahmad Zahid
- Two Million Visitors Expected At Mega 3D Carnival - Ahmad Zahid
- MK3D sasar 2 juta pengunjung, transaksi jualan RM209 juta
- MK3D jangka raih jualan RM2.9 juta, tarik dua juta pengunjung
- MK3D sasar 2 juta pengunjung, transaksi jualan RM209 juta
- Karnival Mega 3 Dimensi 2025 sasar jualan RM209 juta
- MK3D: Jangka kehadiran dua juta pengunjung
- SE ESPERAN DOS MILLONES DE VISITANTES EN EL MEGA CARNAVAL 3D, ANUNCIA VICEPREMIER MALASIO
- MK3D Sasar 2 Juta Pengunjung,Transaksi Jualan RM209 Juta
- MK3D Sasar 2 Juta Pengunjung,Transaksi Jualan RM209 Juta
- Kira-Kira 2 Juta Pengunjung Dijangka Menghadiri Program Mega Karnival 3 Dimensi 2025
- MK3D: Jangka kehadiran dua juta pengunjung
