Media Gallery Latest News Hari Produktiviti & Kualiti (JPPK) FELDA di Wilayah Terengganu

PPP AYAM KAMPUNG 01 reban baruPPP AYAM KAMPUNG 02 reban baruPPP AYAM KAMPUNG 03 reban baruPPP AYAM KAMPUNG 04 reban baru 

Pada 12 Oktober 2022 yang lepas, sebanyak 20 orang peserta telah menerima Pakej PPP Penternakan Ayam Kampung Plasma di FELDA Kg New Zealand dengan bilangan keseluruhan anak ayam sebanyak 4,200 ekor. Rancangan ini merupakan rancangan yang pertama di Wilayah Kuantan yang menerima pakej penternakan ayam kampung menggunakan sistem reban baharu.
 
Beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi memastikan penternakan ayam yang lebih efisyen dapat dijalankan, yang paling utama adalah kos yang lebih efektif, mobiliti yang lebih baik, lebih tahan dari pemangsa (seperti ular), serta dapat mengatasi isu kelewatan pembinaan reban oleh kontraktor.
 
Offtaker bagi projek ini merupakan Nik Agrofarm, yang mana merupakan warga generasi FELDA Jengka 6 yang telah lama terlibat dalam projek melibatkan penternakan ini.
 
Anggaran tuaian ayam dijangka bermula pada Disember 2022 dengan berat 5 mt. Unjuran pendapatan bersih (setelah ditolak modal pusingan) sebanyak RM500/peneroka.
 
#PPPFoodSecurity
#KejayaanDalamKeberkatan
#66TahunFELDA
 

qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1