Media Gallery Latest News FELDA Boy Makes his Way to World-Class Varsities

TUBF Azizan Tumin

Encik Azizan Tumin, generasi FELDA Pemanis 01 dan juga merupakan penerima Anugerah Usahawan FELDA 2022 (Perniagaan) di sambutan Hari Peneroka FELDA 2022 berpendapat pengumuman oleh YAB Perdana Menteri berkaitan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) adalah satu peluang besar kepada usahawan muda untuk membina tapak dan berjaya dalam bidang keusahawanan.
 
“Peluang ini sangat bagus, saya amat galakkan usahawan muda untuk rebut peluang ini. Anak muda FELDA pasti boleh berjaya”
TUBF dengan dana pusingan berjumlah RM10 juta merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan FELDA untuk membantu usahawan FELDA meningkatkan ekonomi terutamanya usahawan golongan belia. 
 
Tumin Enterprise 
 
#KejayaanDalamKeberkatan
#UsahawanJutawan
 
---------------------------------------------------

 TUBF Fitri

Mohamad Fitri Yusop, usahawan belia FELDA Rentam amat bersyukur dengan inisiatif Tabung Usahawan Belia FELDA itu akan dapat dimanfaatkan peniaga sepertinya.
 
Beliau yang menjalankan perniagaan bakeri dan katering serta pau jenama Tupai Terbang turut merancang untuk membina bengkel pembuatan makanan serta memastikan perniagaan beliau lebih berstruktur dan tersusun.
 
#KejayaanDalamKeberkatan
#UsahawanJutawan
 
---------------------------------------------------

TUBF Aiza Liyana

Aiza Liyana, generasi baharu FELDA Sg. Kelamah amat bersyukur apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan inisiatif Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) di sambutan Hari Peneroka FELDA 2022.
 
Beliau yang menjalankan perniagaan tudung jenama Lizzhy Scarfs melihat ia sebagai peluang beliau untuk meningkatkan strategi pemasaran di masa hadapan. Walaupun bermula sebagai hobi, Aiza yang kini juga sedang menuntut di sebuah institusi tinggi, berazam untuk mengukuhkan jenamanya dan yakin mampu bersaing dengan pasaran luar, tambahan dengan dana TUBF ini.
 
#KejayaanDalamKeberkatan
#UsahawanJutawan

 

 


qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1