Peneroka Perkhidmatan Bantuan Pinjaman Pendidikan

WAKTU SOLAT

Kuala Lumpur,Putrajaya
4 Zulkaedah 1446
Subuh
05:53
Dhuha
07:27
Zohor
13:13
Asar
16:31
Maghrib
19:20

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Bil Perkara Keterangan
1 Tujuan Pelaksanaan
  • Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
  • Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.
2 Kadar Insentif
BIL. PERINGKAT PENGAJIAN KADAR
1 Diploma RM 500.00
2 Ijazah Dalam Negara RM 1,000.00
3 Ijazah Luar Negara RM 1,500.00

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

3 Syarat-Syarat Permohonan SIAP
i. Syarat kelayakan pemohon Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
ii. Had umur permohonan
  • Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun
  • Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun
iii. Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan
  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini
iv. Permohonan yang tidak layak
  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
  • Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03-8744 4191 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1