Peneroka Perkhidmatan Bantuan Khairat Kematian
SUMBANGAN KEMATIAN PENEROKA
  • Satu skim berbentuk SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN yang diberikan kepada Waris Peneroka sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Pengurusan FELDA terhadap warga peneroka yang telah setia bersama –sama FELDA dalam membangunkan sosioekonomi Tanah Rancangan.
  • Skim yang telah diperkenalkan sejak 2008 ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan untuk meringankan bebanan kewangan waris dalam menyelesaikan urusan kematian peneroka
  • Syarat & Kelayakan
  1. Satu keluarga hanya layak terima SEKALI sahaja.
  2. Keutamaan adalah untuk kematian peneroka asal , sekiranya peneroka asal meninggal sebelum skim diperkenalkan maka isteri peneroka yang akan layak.
  3. Tiada bayaran kepada peneroka asal, bayaran khairat akan dipindahkan kepada peneroka ganti.
  4. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak RM3,000.
  5. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pengurus Rancangan dan  hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat dalam tempoh 90 hari bermula dari tarikh berlaku kematian.
  6. Peneroka membuat urusniaga tanah tanpa kebenaran TIDAK LAYAK terima bantuan khairat.
*Berkuatkuasa dengan kematian bertarikh Jun 2022 dan seterusnya, permohonan khairat kematian akan diproses oleh Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA.

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1