Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/Tuan/ Puan,
JEMPUTAN PENYERTAAN PROGRAM WORLD STATS (WSC) RUN 2019
- Bersempena 62th International Statistical Institute World Statistic Congress 2019, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan berbesar hati menjemput petugas FELDA untuk turut sama menyertai WSC Run 2019 seperti ketetapan beriktut:
Tarikh : 18 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 4.00-10.00 pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Untuk makluman, penyertaan Program World Stats(WSC) Run 2019 bagi 21KM, 10KM dan 5KM ini telah ditutup kerana sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan 6,500 peserta termasuk peserta daripada 45 buah negara luar.
- Namun, pihak DOSM amat mengalu-alukan penyertaan daripada petugas FELDA untuk menyertai WSC Run- 5KM FUN RUN atas kapasiti penyertaan khas (tiada medal). Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM35 dan peserta akan memperoleh beberapa barangan seperti berikut:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya." width="131" height="84" />
- Sehubungan itu, petugas yang berminat untuk menyertai WSC 5KM Run perlu memajukan maklumat pendaftaran (rujuk lampiran) kepada Saudari Marlia Syazana (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) ext 2333 selewatnya 16 Ogos 2019 (Jumaat) jam 12 tengahari. Disertakan bersama tentatif program dan maklumat WSC Run 2019 untuk makluman semua.
- Petugas turut disarankan untuk merancang perjalanan dan kenderaan sendiri ke program tersebut memandangkan laluan kenderaan akan ditutup seawal jam 4.00 pagi pada 18 Ogos kelak. Penyertaan dari petugas FELDA amatlah digalakkan.
Pengambilan Race Kit:
Tapak Laria,
Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur.
Sabtu, 17 Ogos 2019
3petang -5 petang
Bagi pihak:
NUR EZZATI BINTI ABDUL HAMID
JK Penyertaan WSC Run 2019
Jabatan Perangkaan Malaysia
(03 – 8885 7316 | 6 03 – 8888 9233 |* Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
Bil | Tajuk | Format | |
---|---|---|---|
1 | Aturcara Program | Muat Turun |