Lokasi : FELDA Inas Utara
Tarikh : 13 April 2022
FELDA komited untuk membantu setiap peneroka yang terkesan dengan bencana. Saya yakin, dengan kerjasama yang padu antara Ibu Pejabat bersama wilayah dan rancangan, setiap peneroka yang terkesan, akan mendapat bantuan segera. Kebersamaan antara peneroka dan FELDA adalah amat penting. Petikan ucapan YM Puan Raja Faridah Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti dalam lawatan kerja ke FELDA Wilayah Johor Bahru baru- baru ini.
Program lawatan ini dimulakan dengan menziarahi rumah peneroka FELDA Inas Utara yang terkesan akibat dari Ribut yang melanda pada Mac lepas. Kemudiannya YM Puan Raja melawat ke projek lada hitam komuniti FELDA Inas Utara, dan projek GMN di FELDA Taib Andak, sebelum berbuka puasa di Masjid Nurussaadah FELDA Taib Andak yang dihadiri oleh Pengurus-Pengurus Rancangan FWJB, Kepimpinan Peneroka Zon Taib Andak serta Ketua2 Blok FELDA Taib Andak.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Encik Nik Hasrul Mohd Zainudin, Pengarah Pembangunan Komuniti dan Generasi, Encik Muhammad Fadzli Hasan, Presiden MBFM merangkap Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan wakil dari Yayasan FELDA, Puan Izyani.