Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,493.00 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Umum Felda Anugerah Kecemerlangan

2011

Pensijilan MS ISO 9001: 2008
Disember 2011
FELDA berada di peringkat akhir proses Pensijilan MS ISO 9001: 2008 daripada CI International Certification Sdn Bhd
Penarafan 5 Bintang dan Overall Top 10 Websites 2011
Disember 2011
Pengiktirafan terhadap Laman Web FELDA daripada Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) (Disember 2011)
Anugerah Koperasi Cemerlang Negara 2011 (Kluster Besar)
Julai 2011
Koperasi Permodalan FELDA menerima Anugerah Koperasi Cemerlang Negara 2011 sempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2011

2010

Anugerah Hiramatsu
2010
Pengiktirafan antarabangsa daripada Jawatankuasa One Village One Product (OVOP) yang mengiktiraf pembangunan program SAWARI yang efektif dan berkesan bagi menambah pendapatan warga peneroka.
Pensijilan Pensijilan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO)
2010
Pengiktirafan antarabangsa terhadap FELDA sebagai institusi yang beretika dan prihatin terhadap aspek sosial dan alam sekitar bagi kawasan pekebun kecil berkelompok.

2007

Outstanding Ruminant Entrepreneurship
2007
Pengiktirafan terhadap sumbangan besar dalam kecemerlangan pengurusan dan amalan terbaik dalam industri ternakan

2006

Anugerah Tonggak Kesejahteraan Peneroka
6 Mac 2006
Pengiktirafan kerajaan melalui MPOB kepada pihak industri yang banyak menyumbang kepada kemajuan pekebun kecil dan industri sawit.

2005

Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia (Ladang FELDA Sempadi 1, Sarawak)
2005
Dianugerahkan kepada organisasi yang prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan kakitangan (Sempena Hari Pekerja 2005)

2004

Anugerah Khas Penternak Integrasi, FELDA Farm Products Sdn. Bhd
5 Oktober 2004
Pencapaian membanggakan dalam usaha membangunkan sektor pertanian Negara (Pengurusan aktiviti penternakan integrasi baik dan bersistematik.)

2003

Anugerah Leader Agriculturer & Logging Sector (FELDA Holdings Sdn. Bhd.)
2003
Anugerah Malaysia 1000 Kualiti Kerja yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan BASIS
Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia (FELDA Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah)
2003
Dianugerahkan kepada organisasi yang prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan kakitangan (Sempena Hari Pekerja 2003)

1993

Anugerah Pengurusan Projek JPA
1993
Menunjukkan kaedah pengurusan yang cemerlang dalam menguruskan projek-projek pembangunan
Anugerah Pengurusan Sumber Manusia JPA
1993
Perancangan, pembangunan dan penggunaan sumber manusia yang optimum telah dilaksanakan secara teratur dan bersistematik
Anugerah Pengurusan Teknologi Maklumat JPA
1993
Diberikan kepada organisasi yang mencapai kecemerlangan dalam pembangunan teknologi maklumat
Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Dato' Ahmad Sarji Abdul Hamid
1993
Diberikan kepada organisasi kerajaan yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang.

1992

Anugerah Pengurusan Kewangan JPA
1992
Diberikan kepada jabatan yang mempamerkan ciri-ciri kecemerlangan dalam pengurusan kewangan.

1990

Ramon Magsaysay Award (Government Services) - Dianugerahkan kepada YM RM Alias, Tokoh FELDA
31 Ogos 1990
Usaha pembangunan tanah dalam membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial di kawasan pedalaman di Malaysia.

1980

Anugerah Kebangsaan Tun Abdul Razak
11 Mac 1980
Diberikan kerana perkhidmatan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat sejagat. Ini merupakan kali pertama anugerah ini diberikan kepada sesebuah organisasi.
Kaji Selidik Portal