Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato' Seri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan,
--------------------------------------------------
FELDA KE ARAH PENSIJILAN EKSA BAGI TAHUN 2021
-----------------------------------------------------------
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) telah terpilih sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk Pensijilan EKSA bagi Tahun 2021.
Oleh itu, semua warga FELDA haruslah peka dan memberi komitmen yang sewajarnya dalam memastikan FELDA memperolehi Pensijilan EKSA dengan mengamalkan dan melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam pematuhan EKSA. Ia bertujuan bagi membentuk budaya kerja Cemerlang, Kualiti & Inovasi dengan mengutamakan Bersih, Cekap, Mesra, Tepat, Seragam dan Selamat.
Perasmian Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat FELDA telah diadakan pada Sesi Mesyuarat Bersama Ketua Jabatan
pada 29 September 2021 oleh
YBhg. Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA.
Ayuh warga FELDA bersama Kita jayakan FELDA Ke Arah Pensijilan EKSA bagi Tahun 2021.!!
Layari Youtube FELDA Official di https://youtu.be/ZIqJodFUYFU
untuk Montaj Perasmian EKSA peringkat FELDA
#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA
#FELDALombongEmas #FELDAKeArahPensijilanEKSA2021