Hjh Asnah adalah antara 171 orang peneroka yang telah menyertai Program Pembangunan Peneroka (PPP) Cili Bara Secara Fertigasi. Sebanyak RM1.4 juta telah diluluskan oleh FELDA untuk projek cili di Wilayah Sahabat. Di gugusan Umas, telah dimulakan pada Mei 2022 dan dijangka berhasil pada Oktober 2022.
Keseluruhannya, sebanyak 2,371 projek cili telah diluluskan oleh FELDA dengan nilai RM20.6 juta. Lebih dari 20% projek ini telah mula berhasil dan memberikan pendapatan tambahan kepada peneroka. FELDA turut mensasarkan sumbangan sebanyak 2.41% untuk SSL (kadar kecukupan makanan) cili negara menjelang 2023.