Seramai 20 orang peserta terdiri daripada peneroka dan penerokawati FELDA Kemahang 3, Kelantan selesai mengikuti Kursus Tanaman Cili Fertigasi melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) oleh FELDA. Melalui projek kategori Plasma ini, ia menawarkan nilai RM5,000/peneroka untuk mengusahakan tanaman cili yang memberi pendapatan tambahan sehingga RM500/bulan kepada setiap peneroka.
Komitmen dan kesungguhan warga peneroka dan generasi baharu melibatkan diri dalam bidang selain perladangan telah memberi nilai tambah dalam aspek ekonomi dan keusahawanan.
#FELDABerhakHebat #OnTrack #PPP #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran