Media Paparan Galeri Berita FELDA #RESTART : 26,379 Peneroka Telah Tandatangan

020103 

Maybank antara nama besar yang maju ke hadapan dlm sistem perbankan, serta mempunyai ketahan yang tinggi terhadap cyber security.
Sistem penggunaan cashless menerusi sistem aplikasi MAE dan QR Pay telah dibentangkan oleh wakil-wakil oleh Maybank dalam satu siri perbincangan bersama FELDA yang diketuai oleh Puan Raja Faridah Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA. Turut bersama dalam sesi ini adalah En Afzal Hanis Hamid Abdul Kadir, Pengarah Jabatan Teknologi & Maklumat, Puan Azira Abu Bakar, Pengarah Kewangan serta wakil daripada Prodata System pada Rabu, 2 November 2022 yang lepas.
 
Banyak kelebihan penggunaan kedua-dua sistem ini telah dibentangkan dan dilihat akan membantu hasrat besar FELDA ke arah Tanpa Tunai menjelang Januari 2023. Antara isu paling hangat dibincangkan adalah kesukaran bagi penama yang mengalami kesukaran mewujudkan akaun dan integrasi sistem ini bersama sistem sedia ada FELDA.
 
Selain sebagai pengguna (untuk sebarang transaksi, termasuk bayaran, tempahan, ataupun tabungan) sistem ini juga turut memudahkan transaksi bagi peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan, tanpa mengira jenis, saiz ataupun lokasi perniagaan.
 
#FELDACashless2023
#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAkeArahTransaksiTanpaTunai
 
 
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1