Media Paparan Galeri Berita FELDA Suratan Hak Milik FELDA

JMR LASAH 01JMR LASAH 02JMR LASAH 03JMR LASAH 04JMR LASAH 05

Destinasi jelajah JMR kali ini diteruskan ke rancangan FELDA Lasah, Wilayah Trolak menjadi sejarah dengan kehadiran YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri bagi menyantuni warga FELDA Lasah.
 
Hadir bersama YAB Dato' Sri Saarani Bin Mohamad Menteri Besar Perak, Dato' Haji Zulkafly Bin Harun Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Tan Sri Dato' Dr. SA Vigneswaran Duta Khas Perdana Menteri, Dato' Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri Ketua Polis Negeri Perak, Encik Hasrul Nizam Hassan Pengarah Wilayah Trolak dan Muhammad Fadzli Hassan, Presiden MBFM merangkap ahli lembaga pengarah FELDA.
 
Warga FELDA Lasah dikejutkan dengan berita gembira melalui pengumuman YAB Perdana Menteri untuk memansuhkan RM1.8juta hutang peneroka yang terlibat dengan musibah serangan gajah terhadap ladang yang menjejaskan pendapatan peneroka. Berita gembira ini diteruskan dengan senarai permohonan PGBF bagi generasi FELDA Lasah telah disahkan dengan kelulusan awal seramai 100 telah berjaya.
 
Pihak warga FELDA Lasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan tetamu yang hadir kerana mendengar keluhan warga FELDA. Seterusnya kebersamaan yang wujud ini mengukuhkan ukwah diantara pemimpin dan masyarakat. Bak kata pepatah "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"
 
#KejayaanDalamKeberkatan 
#jommasukrancangan 
#FeldaLasah

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1