Media Paparan Galeri Berita FELDA Fama buka pasar tani kekal Felda Chini

Isu Getah 01Isu Getah 03Inisiatif PPP 02

Baru –baru ini, sebuah kunjung hormat oleh FELDA ke RISDA telah dilakukan bagi tujuan berkongsi pandangan mengenai pengurusan getah pekebun kecil dan isu-isu semasa termasuk bantuan tanam semula getah/getah dan getah/sawit, crop zoning dan dana terhadap kawalan penyakit Pestalotiopsis.

Kunjungan ini telah disambut baik oleh Encik Ali Sabuddin bin Abd Samad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan yang turut dihadiri bersama oleh En. Ramlie bin Tumin, Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan yang juga merupakan anak peneroka FELDA Air Tawar 1,Johor dan Encik Mohd Rosli Bin Hassan, Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran yang merupakan anak peneroka FELDA New Zealand, Pahang.

Wakil dari FELDA yang menyertai kunjungan ini adalah Pengarah Perladangan, Pengarah Kelestarian, Pengarah Pengurusan Tanah, Pengarah Wilayah Raja Alias dan CEO FPMSB.

Semoga jalinan hubungan strategik yang telah dibina sebelum ini juga akan memberi faedah terbaik kepada peneroka dan pekebun-pekebun kecil.

#kejayaandalamkeberkatan

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1