Media Paparan Galeri Berita FELDA

 

Pengusahaan Peruncitan HarlinaPengusahaan Peruncitan Harlina 02Baru –baru

Berpegang kepada minat serta azam yang kuat, Puan Harlina Abd Rahman anak peneroka FELDA Sg. Lui nekad menceburi bidang pengusahaan peruncitan dan kini perniagaan beliau hampir 36 tahun di Bandar Seri Jempol semakin berjaya dan berkembang maju.

Mula menceburi bidang ini pada usia 20 tahun, beliau berpegang kepada prinsip untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, dan kini beliau telah mampu mengembangkan perniagaan dalam bidang pemborong, pemprosesan dan pembungkusan beras pada tahun 2010. Beliau juga telah mempunyai jenama beras tersendiri yang dikenali sebagai beras Induk.

Berkongsi pengalaman beliau, antara kejayaan selain dalam bidang perniagaan adalah apabila beliau dapat membantu dari segi kewangan untuk orang tuanya mengerjakan ibadah haji. Menurut beliau, Allahyarham ayahnya merupakan antara insan pertama yang mendorong beliau untuk berusaha dan mengecapi kejayaan, walaupun tinggal di kampung.

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1