Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 

icon video 02

Media Pengumuman Panduan pendaftaran peminjam ke Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA

Dimaklumkan LPPSA akan melancarkan Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) baharu pada 1 April 2019. Sehubungan itu, semua peminjam LPPSA dikehendaki untuk mendaftar di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA bermula 1 April 2019 bagi sebarang permohonan baru dan juga untuk mengakses akaun pembiayaan perumahan anda. Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA merupakan portal utama untuk peminjam membuat sebarang urusan berkaitan pembiayaan dan juga pemantauan akaun.

Kelebihan Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA menawarkan aspek keselamatan dan perlindungan maklumat pembiayaan peminjam yang lebih terjamin. Ia melibatkan langkah tambahan pengesahan apabila peminjam mendaftar masuk ke Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA secara kaedah One-Time Password (OTP) yang akan diperolehi melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).