Keterangan Syarat & Yuran

Syarat-Syarat Menjadi Anggota :

  1. Semua Kakitangan Kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan warganegara Malaysia atau mereka yang syarat-syarat perkhidmatannya tidak berbeza dengan syarat-syarat perkhidmatan warganegara Malaysia, layak untuk menjadi anggota.
  2. Pegawai-pegawai yang layak untuk menjadi anggota, yang ingin menyertai Persatuan, hendaklah memohon secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengurusan. Jawatankuasa Pengurusan berkuasa menerima atau menolak sebarang permohonan, tetapi sebarang penolakan adalah tertakluk kepada pengesahan Mesyuarat Agung yang di dalamnya sekurang-kurangnya 2/3 ahli
    yang hadir mengundi memihak kepada keputusan berkenaan.

Yuran :

  1. Bayaran masuk adalah RM10.00 yang perlu dibayar semasa mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota dan yuran bulanan adalah RM10.00 yang perlu dibayar terlebih dahulu. Bayaran masuk akan dikembalikan jika
    permohonan ditolak.
  2. Yuran bulanan hendaklah dipungut melalui baucer gaji anggota berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh anggota berkenaan.
  3. Mana-mana anggota yang yurannya tertunggak melebihi tiga bulan terhenti keanggotaannya dalam Persatuan dengan serta-merta selepas itu.
  4. Mana-mana anggota yang tidak berada di Malaysia bagi tempoh melebihi 6 bulan boleh meminta secara bertulis supaya keanggotaannya digantung bagi tempoh berkenaan dan meminta supaya dikecualikan daripada membayar yuran bagi tempoh tersebut.

Borang Keahlian PKKF (kemaskini 2023)  Pautan ke laman web PKKF

Perlembagaan

 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1